Friday, February 24, 2017

Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands Part 1


Hari ni nak cerita tentang tempat-tempat menarik kat Cameron Highlands pulak.  Rasanya setakat pegi satu malam tak sempat nak jalan-jalan  kat semua tempat2 best ni. Paling kurang pun mesti nak 2 malam..itu pun belum tentu puas sebab kat Cameron ni memang best giler la.  Dah la cuaca nyaman, pemandangan pun cun...peh!! tenang jer duk sini.

Okay..kat bawah ni ada beberapa tempat yang wajib pegi kalau datang Cameron Highlands:


Bharat Tea House


View Kat sini memang sangat cantik.  Sambil minum teh boleh melihat pemandangan ladang teh yang menghijau.  Kalau naik ke Cameron dari Tapah anda akan jumpa tempat ni dulu sebelum sampai ke Tanah Rata






Cactus Point

Cactus Point ni memang syurga bagi penggemar pokok kaktus.  Dari yang paling kecik sampai la yang nak sama dengan tinggi manusia pun ada. Masuk percuma je..tapi nak beli tu paham-pahamlah ye..hehe.  Selain daripada kaktus, ada juga dijual pokok-pokok bunga yang cantik.  Kalau masuk sini rasa macam nak beli semua!..





Satu set kaktus beserta pasu cameron yang comel ni berharga RM20.90..nampak tak harga kat bawah tu..


Kecik, besar semua ada..pilih jer



Siap ada ruang khas untuk anda bergambar kenang-kenangan


Mardi

Mardi ni pulak terletak di Tanah Rata,  jalan masuk melalui Taman Pertabalan yang ada jam besar tu. Mesti korang akan nampak punyalah jam ni.  Kat Mardi ada banyak jualan pelbagai jenis pokok. Ros, orkid, pudina, pokok halau nyamuk pun ada.  Bayaran masuk sangat berpatutan. Mardi antara tempat wajib pegi.  View kat sini memang terbaek!!




Ada kolam ikan juga di Mardi. 



Closed up sikit...cun kan?


Taman bunga di Mardi..superb!!




Ladang Teh Boh Sungai Palas


Nak ke ladang Boh Sungai Palas ni agak mencabar sikit jalannya.  Laluannya sangat sempit. Kalau berselisih tu kena sangat berhati-hati.  Parking kereta di bawah sahaja.  Sesiapa yang bawa warga emas atau OKU boleh minta kebenaran untuk bawa kereta sampai ke atas.  Dari tempat parking nak ke Tea House di atas anda akan melalui ladang teh dengan menggunakan tangga yang disediakan. Mengah jugalah nak naik tu..hehehe..tapi bila dah sampai anda takkan kecewa punyalah tengok view yang sangat cantik dan udara yang segar..pehh!!!

Di atas anda bolehlah berehat sambil minum teh dan hidangan ringan yang dijual di sana.  Kedai menjual produk BOH pun ada di sini.  Selain daripada tu, anda juga boleh melihat sendiri bagaimana teh di proses.  Ada kilang kecil di bahagian belakang. Jangan lepaskan peluang melihat sendiri ya..jangan tau minum je..hihihi


Pemandangan ladang teh boh dari kawasan tea house



Lepas dah penat mendaki..kita minum duluu....


Anak-anak bolehlah bergambar di sini



View dari bawah...anda akan mendaki tangga tu ye. (Photo credit to klurbanite.com)



Lavender Garden

Ada beribu-ribu bunga Lavender di sini.  Anda akan terpegun sewaktu melangkah masuk ke tempat ni.  Bagi penggemar Lavender anda boleh dapatkan produk-produk berasaskan lavender di sini seperti sabun, syampu, lotion dan pelbagai lagi.  Bayaran masuk akan dikenakan.  Berapa tu tak ingat pulak saya..hehe

Bunga sedang mekar di Lavender Garden



photo credit to caridestinasi.com
photo credit to hafiziidris photography

Okeh..nanti kita sambung di part 2 pula. Banyak lagi tempat2 yang best kat Cameron Highlands ni. Kalau setakat pegi satu malam memang konpem tak sempat nak round habis.  Minimum 2 malam..haaa..lagi pun kalau 2 malam menginap di Homestay An-najah kami bagi diskaun..hehehehehe


Meh book Homestay An-Najah Cameron Highlands.  Boleh call/wasap Lin 012-6903236 atau boleh pm Facebook Page An-Najah Cameron Homestay.  Kami sedia membantu!


Wednesday, January 25, 2017

An-Najah Cameron Highlands Muslim Homestay, Suriana D'royal Lily, Tanah Rata

Segarkan diri setelah penat bekerja dengan percutian di tanah tinggi sejuk dan segar Cameron Highlands

Kami menyediakan penginapan 3 bilik yang luas dan selesa di apartment baru Suriana D'royal lily, Tanah Rata, Cameron Highlands.


Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan kemudahan yang kami sediakan. Bermula dari RM200 satu malam anda mampu merealisasikan impian percutian yang diidamkan.


Untuk Tempahan/pertanyaan Sila wasap Azlin 012-6903236 dengan menyatakan tarikh check in dan jumlah hari penginapan.

kami menyediakan kemudahan-kemudahan berikut di Homestay An-najah:

🌹3 bilik 2 bilik air
🌹Alatan memasak yang lengkap: cerek, kuali, periuk, sudip, pisau, pinggan mangkuk
🌹Iron dan iron board
🌹Hair dryer
🌹Astro Njoi
🌹Selimut, tilam,toto dan bantal extra
🌹Water heater di setiap bilik air
🌹Kipas di setiap bilik dan ruang tamu
🌹Sejadah dan telekung
🌹Peti ais, cerek, periuk nasi, dapur gas
🌹Menggunakan access card dan kawalan CCTV 24 jam
🌹Mempunyai lif dan free parking


Untuk tempahan sila wasap Azlin 012-6903236

Sila buat tempahan awal untuk memastikan anda mendapat penginapan terbaik kami.

Apartment Suriana D'royal Lily terletak di Tanah, Rata, Cameron Highands



Tempat parking kereta berhadapan homestay



Bilik Tidur utama.  Sambil baring-baring boleh segarkan mata dengan pemandangan hijau

Penyangkut baju dan tilam extra di atas almari.  Memang selesa betul la homestay kami ni..hehehe

   

Bilik tidur ke-2...nampak tak hijau2 di tepi jendela tu?..nyaman sungguh!
                                                    




Dapur kami lengkap dengan perkakas memasak, periuk, kuali, sudip, batu asah pun ada tau...


Ruang tamu yang luas dan selesa...sesuai untuk berehat seisi keluarga





sambil berehat-rehat minum kopi..makan jagung rebus dan strawberi segar bolehlah segarkan mata melihat kehijauan di luar ...fuhh memang nyaman betul.. cenggini 👍👍👍👍






Periuk nasi, cerek elektrik dan peti ais kami sediakan...macam duduk di rumah sendiri dah ni..;)



Hot shower untuk kegunaan pagi, petang, dan malam..maklumlah cuaca di Cameron memang sejuk.



Pemandangan di luar apartment waktu malam...memang sangat nyaman dan mendamaikan



Bilik tidur ketiga..luas dan selesa..hanger dan penyangkut baju disediakan di setiap bilik. Khas untuk keselesaan pengunjung..:)

                                                           





View dari bilik utama ke bilik ke-3...luas betul!!




Pemandangan dari hadapan apartment





Selimut, toto, bantal, dan tilam extra juga disediakan.



                         
Parking khas OKU disediakan di hadapan pintu masuk apartment


Selamat datang ke Homestay An-Najah...terletak di tingkat 4, unit 4-11. Naik lif jer..hehe



View dari balcony tingkat 4



                                   
Boleh hubungi nombor tertera untuk sebarang pertanyaan atau tempahan



Tolonglah percaya bila kami kata cuaca di Cameron sejok...brrrr!!!!

                                                                                   

Pemandangan dari hadapan apartment

   

View dari jalan masuk..dari jauh dah nampak cun dah..dah masuk apartment lagiii cun..



Parking yang disediakan di Apartment Suriana Droyal Lily...belakang camera man ni pun ada lagi parking 


Private balcony...boleh bersantai mengambil udara segar


Pondok di belakang apartment boleh digunakan untuk barbeque..sesuai sangatlah untuk hari keluarga



View pondok dari apartment




Rancang percutian anda seawal mungkin untuk mengelakkan kehabisan homestay pada saat-saat akhir.  Ramai yang terpaksa tidur di dalam kereta atau menumpang di masjid waktu cuti sekolah dan public holiday.  Buat tempahan awal untuk memastikan percutian anda berjalan lancar.


Dah tengok gambar homestay yang cantik-cantik kan?...apa tunggu lagi?..booking segera..hehe

Untuk booking sila call/wasap 012-6903236



Sila ikuti page An-Najah Cameron Highlands Muslim Homestay untuk mengetahui promosi terkini

👉👉  https://www.facebook.com/annajahcameronhighlandsmuslimhomestay/



"Selamat bercuti di Cameron Highlands"